Wednesday, August 25, 2010

untukmu ABAH

abah,
kau adalah insan yang sangat aku hormati..
kau adalah insan yang sangat mulia...
pada pandangan hati dan akalku..
kesabaran kau begitu mengagumkan aku..
tanpa keluh kesah..
kau rela berpanas dan berhujan..
demi membesarkan anakmu ini...
abah,
kepayahan kau mendidik aku..
amat lah aku hargai..
biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu..
engkau terus berjuang untuk menyelesakan aku..
sehingga membuat aku berazam..
untuk membalas jasamu itu..
yang tak pernah kenal erti jemu..
abah,
ketahuilah anakmu ini terlalu sayangkan mu
biarpun terkadang diherdik,dimarah..
aku tetap akan selalu menyanyangimu
kerana engkau adalah abahku...



No comments:

Post a Comment